Paras Oksigen Pengaruhi Tumbesaran Ikan

Penyelidik dari Wageningen University, Netherlands mendapati jika kandungan oksigen dalam air tidak mencukupi, ikan tidak dapat memproses makanan dengan baik untuk membesar. Kajian ini telah diterbitkan pada 2008.

Menurut kajian, tilapia pada Dissolved Oxygen Concentration (DO) tinggi (5.6 mg/Liter) makan lebih banyak di waktu tengahari berbanding di waktu pagi. Manakala, tilapia pada DO rendah (3.0 mg L− 1) makan lebih banyak di waktu pagi berbanding tengahari.

 

Nota: Oksigen diperlukan untuk ikan memproses makanan menjadi tenaga dan untuk membesar.

 

#ThohiraTechnology


Tilapia Jantan vs Tilapia Betina

 

 

Ikan tilapia jantan membesar 2 kali ganda lebih cepat dari yang betina. Menternak tilapia bercampur jantan dan betina akan mengurangkan keuntungan.

+Ikan juga akan kurang daya tarikan market kerana saiz ikan bercampur-campur.

+ Tilapia betina boleh bertukar menjadi jantan dengan memberi makanan mengandungi hormone seks jantan. (Proses ini banyak dilakukan di peringkat hatchery.)


Makanan tinggi protin dan lemak dapat kurangkan stres ikan.

Beberapa kajian tunjukkan bahawa pemilihan makanan ikan yang mengandungi tinggi protein dan lemak dapat meningkatkan tumbesaran ikan dan meningkatkan ketahanan ikan daripada stres ketika dalam proses pemindahan.

Namun, kita berhati-hati dengan jenama pellet yang menjanjikan tinggi protein. Makanan yang tinggi protein tetapi mempunyai kadar digestibility yang tidak bagus akan menyebabkan air menjadi tinggi toksin. IA BOLEH MEMBUNUH IKAN!!!
.