Bahan murah ini boleh anda guna untuk kawal kualiti air

Hujan lebat dapat mengubah parameter air lalu mengancam survival ikan. Jika terjadi kita boleh saja ambil 3 langkah berikut:

1. Kurangkan air seperempat kolam
2. Tambah air baru
3. Siram di permukaan kolam dengan air garam laut yang telah dilarutkan dalam air.

Nota: jumlah garam yang diperlukan adalah 28.4 gram/m3. Ini panduan sahaja, lain kolam boleh jadi lain dosnya


Bagaimana Lendir Beri Keli Kekuatan Luar Biasa?

Lendir keli adalah sejenis pelindung yang melindungi keli dari serangan penyakit. Apabila bakteria merbahaya cuba menyerang tubuh keli, bakteria tersebut terlebih dahulu akan melekat pada lendir keli. Lalu lendir tersebut akan tanggal ke dalam air.
Lendir inilah yang beri keli kekuatan luar biasa hingga mampu bertahan berbagai penyakit.
Jika di sungai, lendir akan hanyut. Tapi dalam kolam ternakan keli biasa lendir akan terkumpul bersama najis lalu menjadi busuk. Nanti kita boleh tengok kolam dan ikan itu sendiri. ammonia akan meningkat, pH menurun, ikan terhidrasi dan sistem pertahanan lendir menjadi lemah. Keadaan ini biasa terjadi apabila sistem aliran air kolam keli tidak diurus dengan baik. Bila jadi begini lambatlah ikan membesar dan mudahlah ikan diserang penyakit. Kerana itu penting untuk dijaga air kolam ternakan keli walaupun keli itu kuat.

Ayam kuat kerana tajinya,
Keli kuat kerana lendirnya,
Manusia kuat kerana ehsannya.

Nota: Beri ehsan pada keli itu lebih baik untuk bisnes kita. Ikan keli yang bahagia akan membahagiakan poket tuannya.


Cepat bertindak jika ikan keli berperilaku begini...


Ikan keli adalah haiwan yang suka gelap. Ketika masih kecil apabila berada dalam persekitaran cerah, mereka akan cenderung untuk berkumpul berenang-renang seperti bebola. Ini tanda bahaya! Keli tersebut sebenarnya merasa terancam dan saling bersembunyi sebagai koloni. Jika berlaku cepat-cepatlah kita bertindak. Lambat bertindak, banyaklah yang mati nanti.


Merancang menternak ikan - lokasi penternakan ikan.

Dalam memilih lokasi untuk membuka tempat penternakan ikan, 4 ciri-ciri berikut boleh diambil kira:

1. kawasan yang punyai cuaca yang baik.
2. kawasan yang punyai ciri-ciri mirip habitat asal ikan.
3. kawasan jauh dari kawasan perindustrian.
4. kawasan punyai sumber air yang bersih dan selamat dari pencemaran.

Nota: Jangan lupa share dengan kawan-kawan.

#ThohiraTechnology


KAITAN KUALITI AIR DENGAN JANGKITAN STREPTOCOCCUS AGALACTIAE

.
Dalam satu kajian, didapati ikan tilapia yang dibela dalam tasik lebih terdedah kepada jangkitan S. Agalactiae berbanding dengan yang dibela dalam sungai. Suhu air, kandungan ammonia, oksigen, pH dan kejelasan air mempengaruhi kehadiran S. Agalactiae.

Kajian ini dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia dan diterbitkan dalam jurnal Aquaculture Research pada tahun 2015.


Bahaya Nitrate Pada Tilapia #1

Selain ammonia, nitrate juga adalah komponen merbahaya pada ikan tilapia.

Satu kajian yang diterbitkan pada 2016 dalam Jurnal Aquaculture Research menunjukkan nitrate boleh menurunkan prestasi tumbesaran dan kesihatan anak tilapia.

Mereka mengesyorkan agar kandungan nitrate dalam air dikawal tidak melebihi 500 mg nitrate/liter bagi ternakan tilapia dibela dalam recirculating aquaculture system (RAS).

 

Nota: Jangan lupa follow fb Thohira

#ThohiraTechnology


Bahaya ammonia pada tilapia (1)

Sistem ternakan akuakultur boleh sebabkan pencemaran air. Sisa makanan dan najis ikan yang dilepaskan ke sungai akan mencemar kualiti air dan meningkatkan kandungan ammonia di dalam air.

Ammonia adalah toksin kepada ikan. Akibatnya bakteria tidak baik berpotensi meningkat di kawasan terbabit. Ikan juga menjadi tidak sihat kerana kehadiran ammonia yang tinggi.

.

Nota: Jangan lupa like fb @Thohira

 

#ThohiraTechnology


Paras Oksigen Pengaruhi Tumbesaran Ikan

Penyelidik dari Wageningen University, Netherlands mendapati jika kandungan oksigen dalam air tidak mencukupi, ikan tidak dapat memproses makanan dengan baik untuk membesar. Kajian ini telah diterbitkan pada 2008.

Menurut kajian, tilapia pada Dissolved Oxygen Concentration (DO) tinggi (5.6 mg/Liter) makan lebih banyak di waktu tengahari berbanding di waktu pagi. Manakala, tilapia pada DO rendah (3.0 mg L− 1) makan lebih banyak di waktu pagi berbanding tengahari.

 

Nota: Oksigen diperlukan untuk ikan memproses makanan menjadi tenaga dan untuk membesar.

 

#ThohiraTechnology


Intensiti cahaya pengaruhi survival larva patin


Menurut pakar dari International Islamic University Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah, intensiti cahaya akan mempengaruhi tingkah laku larva patin.

+ Pada intensiti <0.01, 0.1 dan 1 lumen, larva aktif berenang.
+ Pada intensiti 10 dan 100 lumen, larva lebih bertingkah laku agresif.
+ Pada intensiti 10 dan 100 lumen, larva yang berenang lebih kerap menyerang larva yang sedang berehat.
+ Larva yang tercedera akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang merangsang sifat kanibal pada larva disekelilingnya.
+ Kadar survival semakin tinggi apabila kadar keagrasifan semakin rendah.

Larva patin disyorkan oleh pakar untuk dibela dalam keadaan malap (cahaya di bawah 1 lumen).

****Pembetulan Gambar: Gambar (featured picture) ada kesilapan di mana angka 0.1 lumen adalah salah, yang betulnya adalah 1 lumen.****


Tilapia Jantan vs Tilapia Betina

 

 

Ikan tilapia jantan membesar 2 kali ganda lebih cepat dari yang betina. Menternak tilapia bercampur jantan dan betina akan mengurangkan keuntungan.

+Ikan juga akan kurang daya tarikan market kerana saiz ikan bercampur-campur.

+ Tilapia betina boleh bertukar menjadi jantan dengan memberi makanan mengandungi hormone seks jantan. (Proses ini banyak dilakukan di peringkat hatchery.)